Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dua maut, dua parah dalam insiden berbalas tembakan di Pattani

GLOBAL | Dua termasuk seorang militan maut manakala dua renjer cedera parah dalam satu insiden berbalas tembakan di Daerah Panare, Pattani, Selatan Thailand hari ini.

Ketua Polis Pattani Mej Jen Piyawat Chalermsi berkata dalam kejadian kira-kira 2.00 petang (waktu tempatan), pihak berkuasa mengepung sebuah rumah di Kampung Rawo yang dipercayai menjadi tempat persembunyian anggota kumpulan militan.

“Apabila pasukan keselamatan memasuki perkarangan kampung, mereka ditembak sekumpulan lelaki bersenjata.

“Insiden berbalas tembakan antara pasukan keselamatan dan kumpulan lelaki bersenjata menyebabkan seorang anggota militan dan seorang sukarelawan maut di tempat kejadian manakala dua renjer cedera parah,” katanya.

Beliau menambah kumpulan lelaki bersenjata itu berjaya meloloskan diri dan pihak berkuasa mempergiatkan usaha untuk menjejaki mereka.

Chalermsi berkata siasatan awal mendapati anggota militan yang maut mempunyai dua waran tangkap iaitu pada tahun 2010 dan 2011.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS