Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MyEG terima lanjutan kontrak imigresen bernilai RM208 juta

MyEG Services Bhd menerima lanjutan perkhidmatan berkaitan imigresen oleh Kementerian Dalam Negeri untuk tempoh tiga tahun mulai 23 Mei, 2020 hingga 23 Mei, 2023 yang dianggarkan bernilai RM208 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, ia berkata perkhidmatan itu membabitkan penyediaan pembaharuan dalam talian pas pekerja sementara pekerja asing untuk Jabatan Imigresen.

Bagaimanapun, ia berkata terma-terma pembaharuan tidak dinyatakan dalam surat itu dan persetujuan untuk memformalkan lanjutan berkenaan akan ditandatangani dan diumumkan syarikat terbabit pada masa yang sesuai.

“Lembaga pengarah berpendapat perkhidmatan berkaitan imigresen adalah kepentingan syarikat dan ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset sesaham syarikat bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Dis, 2020 dan selanjutnya,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS