Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis: Kes culik, bunuh Datuk Seri bermotifkan wang

Kes culik dan bunuh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri di kawasan belukar Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya pada Sabtu lepas adalah bermotifkan wang, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Huzir berkata siasatan pihaknya dalam kes itu membabitkan semua aspek.

“Selain itu, keputusan bedah siasat mangsa belum diperoleh dan pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan lapan lelaki termasuk seorang warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes culik seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang disusuli penemuan mayat mangsa di kawasan belukar itu.

Mangsa sebelum itu dipercayai diculik ketika bersenam di kawasan taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada 10.30 pagi, 10 Jun lepas.

Huzir juga berkata pihaknya telah menahan tiga suspek lelaki bagi membantu siasatan kes rogol seorang wanita Nigeria.

Pada 4 Jun lepas, polis menahan seorang lelaki kerana disyaki merogol mangsa di sebuah rumah di Cheras.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS