Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sabah rekod 2,537 kes demam denggi setakat Jumaat lepas

Sebanyak 2,537 kes demam denggi direkodkan di Sabah setakat 26 Jun dengan Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi iaitu 648 kes, kata Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi.

Katanya ini diikuti Sandakan (428 kes), Semporna (385), Tawau (310) dan Lahad Datu (261).

“Sehingga semalam terdapat tujuh daerah melaporkan 17 wabak aktif penyakit demam denggi di seluruh Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah di kawasan terbabit mendapati terdapat banyak sumber pembiakan nyamuk Aedes seperti takungan air jernih di dalam pasu bunga.

Sehubungan itu, Dr Christina meminta orang ramai menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan rumah masing-masing.

Sementara itu, beliau berkata sehingga semalam, Sabah mencatatkan 16 kes penyakit kolera termasuk dua kes baharu masing-masing satu di Semporna dan Beaufort.

“Berikutan kes baharu di Beaufort, maka daerah berkenaan telah dikenal pasti sebagai daerah baharu wabak kolera di Sabah,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS