Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wanita gagal dedah sejarah perjalanan dikompaun RM1,000

Seorang wanita yang tiba di Miri baru-baru ini, dikompaun RM1,000 oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak semalam, kerana gagal memberikan maklumat yang tepat berhubung sejarah perjalanannya ke luar negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Douglas Uggah Embas berkata, wanita berkenaan yang pulang dari Tunisia, didapati tidak memberikan maklumat sebenar sewaktu mengisi borang pengisytiharan kesihatan, sewaktu ketibaannya.

“Tindakan selanjutnya akan diambil jika beliau gagal membayar kompaun itu dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya pada sidang media harian jawatankuasa berkenaan di Kuching, hari ini.

Wanita itu dikatakan meneruskan perjalanannya melalui udara dari Kuala Lumpur ke Miri tanpa menunggu keputusan ujian saringan COVID-19 yang dijalankan ke atasnya, dan sewaktu tiba, dia dianggap sebagai rakyat Sarawak yang baru pulang dari Kuala Lumpur dan tidak perlu dikuarantin ketika itu.

“Saya merayu kepada semua yang datang ke Sarawak, adalah penting untuk berikan maklumat di dalam deklarasi e-kesihatan adalah maklumat yang sahih. Ia demi kebaikan semua. Dengan mematuhi kesemua peraturan, walaupun mungkin sukar... dengan sedikit pengorbanan, tetapi ia amat bermakna sekali,” kata Uggah.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS