Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Petrol naik 10sen, diesel naik 9sen
Diterbitkan:  Jun 26, 2020 5:49 PM
Dikemaskini: 10:44 AM

Harga bagi setiap liter RON97 dan RON95 naik 10sen manakala diesel pula naik sembilan sen bagi tempoh 27 Jun hingga 3 Julai.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON97 ialah RM1.99, RON95 (RM1.69) dan diesel RM1.86.

Kenaikan ini dipengaruhi perubahan harga minyak yang diproses, selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, menurut kenyataan itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS