Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: 4 kes baru, tiga kes import
Diterbitkan:  Jun 25, 2020 5:21 PM
Dikemaskini: 9:57 AM

Hanya empat kes baru positif Covid-19 yang dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes di Malaysia adalah sebanyak 8,600 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

“Daripada empat kes baru yang dilaporkan, tiga kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan semua warganegara Malaysia.

“Satu kes penularan di dalam negara juga merupakan warganegara Malaysia, iaitu kes saringan Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Johor.

“Tiada penularan dalam negara di kalangan bukan warganegara dikesan pada hari ini,” katanya.

Dr Noor Hisham dalam kenyataannya juga memaklumkan terdapat 40 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

Oleh itu, katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 208 kes dan semua mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Justeru, jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,271 kes atau 96.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau berkata, setakat, jam 12 tengah hari tadi, terdapat dua kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

“Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes atau 1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

 



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS