Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiket ETS, KRM Antarabandar mula dijual esok

Tiket Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KTM Antarabandar bagi perjalanan 1 hingga 14 Julai akan dibuka untuk jualan mulai esok.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu hantaran di laman Twitter rasminya menyatakan jadual waktu sedia ada masih dikekalkan dengan tambahan enam lagi perkhidmatan ETS pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad mulai Jumaat ini.

"Anda (pengguna) dinasihatkan membuat pembelian tiket menerusi www.ktmb.com.my atau aplikasi KTMB MobTicket," menurut kenyataan itu.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, boleh melayari laman sesawang yang sama atau menghubungi pusat panggilan KTMB di 03-22671200 atau e-mel ke [email protected].

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS