GLOBAL l Tugu-tugu bersejarah tertentu mulai hilang di Thailand, tetapi tugu-tugu yang dimaksudkan itu bukan tugu penjajah atau pemilik hamba yang diruntuhkan oleh para penunjuk perasaan.
Sebaliknya, tugu yang mula lenyap di Thailand adalah patung-patung bagi meraikan pemimpin revolusi 1932 yang menamatkan monarki mutlak. Mereka ini pernah secara rasmi dihormati sebagai pahlawan nasional dan simbol demokrasi.
Reuters mengenal pasti sekurang-kurangnya enam kawasan bagi memperingati Parti Rakyat yang menerajui revolusi ketika itu yang telah dihapus atau dinamakan semula.
Dalam kebanyakan kes, tidak diketahui siapa yang menurunkan patung-patung berkenaan, walaupun seorang pegawai tentera berkata salah satu tugu berkenaan telah diturunkan untuk landskap baru.
Dua kem tentera yang dinamakan sempena nama pemimpin tahun 1932 ditukar atas perintah pejabat Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha, menurut sebuah artikel yang diterbitkan tanpa komen di Warta Kerajaan.
Pegawai tentera, kerajaan dan istana enggan menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Reuters mengenai penghapusan tugu dan penamaan semula kem tentera tersebut.
Sesetengah sejarawan berkata, bahawa monumen yang hilang itu menggambarkan pertempuran ideologi terhadap sejarah Thailand.
- Reuters