Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Mangsa banjir Johor berkurang kepada 836 orang, 5 PPS ditutup

Jumlah mangsa banjir di Johor berkurangan kepada 836 orang melibatkan 206 keluarga setakat 4 petang berbanding 941 mangsa daripada 227 keluarga pagi tadi dengan lima pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R Vidyananthan, berkata keadaan banjir di dua daripada lima daerah terjejas, iaitu Kluang dan Tangkak, kini pulih sepenuhnya selepas empat PPS di kedua-dua daerah terbabit ditutup.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Abdul Rahman Andak dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Linau, kedua-duanya di Kluang, serta SK Parit Bunga dan SK Tanjung Gading 5 di Tangkak, ditutup sepenuhnya secara berperingkat bermula 9 pagi tadi, katanya.

Menurutnya satu lagi PPS yang ditutup ialah di daerah Muar iaitu SMK Bandar Maharani.

Jumlah PPS yang beroperasi di tiga daerah yang masih terjejas iaitu Pontian, Muar dan Batu Pahat setakat ini ialah 13, katanya.

“Pontian masih kekal dengan jumlah mangsa paling ramai iaitu 388 orang daripada 97 keluarga,” kata Vidyananthan dalam kenyataan.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS