story images
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Jumlah mangsa banjir di Johor berkurang kepada 915 orang
Diterbitkan:  Jun 21, 2020 10:09 PM
Dikemaskini: 4:15 PM

Jumlah mangsa banjir di Johor berkurangan kepada 915 orang daripada 222 keluarga setakat 8 malam tadi selepas empat pusat pemindahan sementara ditutup berbanding 1,210 orang daripada 288 keluarga pada 8 pagi hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor R Vidyananthan berkata empat PPS berkenaan ialah satu di Muar iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Tohor dan tiga di Kluang iaitu SK Simpang, Sekolah Agama Kompleks Penghulu dan SK Seri Kencana Simpang Renggam.

Menurutnya setakat 8 malam ini terdapat 18 PPS masih beroperasi termasuk empat yang dibuka hari ini iaitu SK Parit Bulat di Muar, SK Tiga Serangkai di Batu Pahat, SK Kampung Melayu Raya di Pontian dan SK Sungai Linau di Kluang.

“Pontian masih mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 391 orang daripada 98 keluarga,” katanya dalam kenyataan malam ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS