Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan Dr Rais Yatim bakal dilantik yang dipertua Dewan Negara menggantikan penyandangnya S Vigneswaran yang tamat tempoh pada 22 Jun ini, kata sumber BN.

Menurut sumber lagi, Rais Yatim yang baru mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara pada 16 Jun lalu, dikatakan akan menggantikan presiden MIC itu yang dilantik sebagai speaker Dewan Negara pada 26 April 2016 semasa pemerintahan kerajaan BN.

"Ya, Tan Sri (Rais Yatim) akan menggantikan Tan Sri Vigneswaran," katanya kepada Malaysiakini.

"Majlis mengangkat sumpah dijangka akan sumpah diadakan pada 22 Jun," tambah sumber itu yang enggan dinamakan ketika ditanya berkaitan desas-desus Rais Yatim bakal dilantik sebagai speaker Dewan Negara.

Malaysiakini telah menghubungi Rais untuk mendapatkan pengesahan.

Rais antara lima individu yang mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara sebelum ini.

Veteran Umno itu berasal dari Kuala Klawang, Negeri Sembilan, pernah menjadi menteri besar Negeri Sembilan dari tahun 1978 hingga 1982, sebelum memegang beberapa jawatan penting di peringkat kerajaan pusat.

Antaranya jawatan kabinet penting dipegang olehnya, menteri penerangan, menteri kebudayaan dan juga menteri luar.

Beliau pernah bersama Tengku Razaleigh Hamzah keluar Umno dan menubuhkan Parti Semangat 46. Bagaimanapun setelah Semangat 46 dibubarkan, beliau kembali ke pangkuan Umno.

Pada 4 Jun 2018, selepas kekalahan Umno pada PRU14, beliau dipecat daripada Umno dan menyertai Bersatu sebelum dilantik sebagai pengerusi Bersatu Negeri Sembilan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS