Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kebuntuan calon PM: PKR adakan mesyuarat khas esok

PKR akan mengadakan mesyuarat khas kepimpinan pusatnya pagi esok bagi membincangkan isu calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH).

Sumber yang rapat dengan kepimpinan parti memberitahu Malaysiakini, mesyuarat akan turut membincangkan isu kerjasama dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Semalam, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke memberitahu Malaysiakini berkaitan kebuntuan PH dan sekutunya mencapai kata sepakat dalam isu yang sepatutnya dimuktamadkan kelmarin.

Sumber berkata PKR memutuskan mempercepatkan mesyuarat itu yang sepatutnya diadakan pada Ahad depan.

“Ini mesyuarat khas yang kita panggil untuk membincangkan perkemangan politik semasa,” katanya.

Anthony Loke 

Mesyuarat itu akan diadakan melalui aplikasi Zoom pada jam 10 pagi dan semua pemimpin pusat serta anggota parlimen mereka dijangka menyertainya.

Sumber mengaku mesyuarat itu dipercepat susulan pendedahan Loke.

Mengaku PKR tidak senang dengan pendedahan Loke itu, sumber berkata mesyuarat bagaimanapun tidak akan terlalu menumpukan pada pendirian DAP dan Amanah.

“Fokus perbincangan ialah berkaitan pendirian parti berkaitan Mahathir dan kerjasama dengannya. Sama ada akan bekerjasama dengannya,” kata sumber.

DAP menyokong Mahathir sekali lagi menjadi perdana menteri jika PH dan sekutunya membentuk kerajaan sekali lagi.

Pilihan itu dibuat selepas sekutu PH di Sabah - Warisan - gagal diyakinkan untuk menyokong gandingan Anwar dan bekas menteri besar Kedah Mukhriz Mahathir untuk jawatapan paling kanan dalam kerajaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS