Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kami ditubuhkan Kuomintang? Karut, kata MCA
Diterbitkan:  Jun 17, 2020 1:53 PM
Dikemaskini: 6:11 AM

MCA menepis dakwaan parti itu ditubuhkan Kuomintang - saingan utama Komunis di China sebelum Republik Rakyat China ditubuhkan.

Penafian itu dibuat di media sosial mereka selepas terdapat pihak mengaitkan kedua-dua parti, berbadasarkan logo di bendera masing-masing yang mirip antara satu sama lain.

“Dakwaan bahawa MCA ditubuhkan Kuomintang kerana kononnya bendera kedua-dua parti nampak serupa, adalah karut semata-mata,” menurut MCA di Facebook.

MCA juga menegaskan bendera mereka hanya digunakan selepas kemerdekaan Malaya pada tahun 1957.

“Jadi bagaimana pula bendera MCA boleh dikaitkan dengan bendera Kuomintang?” soal MCA.

MCA turut berkongsi tulisan daripada Facebook dikenali sebagai “Suara Orang Ramai”, berkaitan asal usul rekaan bendera MCA.

Menurut tulisan itu, yang tidak disertakan nama penulis, reka bentuk bendera MCA dibuat bagi menggambarkan kebersamaan kaum Cina memperjuangkan kemerdekaan dan membina negara.

“Oleh itu sukuan kiri sebelah atas Jalur Gemilang ditranslasikan kepada bendera MCA bagi menunjukkan kesetiaan kaum Cina sebagai warga negara,” menurutnya.

Tulisan yang dikongsi MCA itu turut menggunakan tanda pagar #TolakFitnah dan #TolakDAP.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS