Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Shafee: Pindaan pertuduhan kes laporan audit 1MDB bukan hanya kesalahan ejaan

Cadangan pindaan terhadap pertuduhan mengubah laporan audit 1MDB terhadap bekas perdana menteri Najib Razak adalah melibatkan elemen penting dan bukan sekadar kesalahan ejaan, kata peguam Muhammad Shafee Abdullah.

Semasa prosiding mahkamah terbuka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini, Shafee yang mewakil Najib berkata demikian ketika menyatakan bantahan pihak pembelaan terhadap permohonan pihak pendakwaan untuk meminda pertuduhan.

Sebelum ini, pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa cadangan pindaan tersebut hanyalah untuk membetulkan kesalahan ejaan.

Shafee hari ini memberitahu Hakim Mohamed Zaini Mazlan bahawa pertuduhan adalah pemberitahuan kepada orang yang dituduh, oleh itu ia mesti jelas dan spesifik.

"Dalam kes jenayah seumpamanya sebelum ini, di mana kebebasan seseorang dipertaruhkan, keadilan semula jadi sangat diperlukan dan mesti ditafsirkan dengan tegas untuk membolehkan dia membela diri," katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 24 Jun untuk mendengar permohonan pendakwaan untuk meminda pertuduhan.

Semasa prosiding mahkamah terbuka pagi ini, Shafee berpendapat bahawa cadangan pindaan terhadap tuduhan itu termasuk mengubah "sebelum" menjadi "setelah" dan "dimuktamadkan" menjadi "dimuktamadkan semula.

Pengamal undang-undang veteran itu mendakwa bahawa pindaan yang dicadangkan sekarang adalah sama dengan "keseluruhan kes pendakwaan telah berubah kerana pindaan terbaru".

Dia mengatakan bahawa ini kerana pemeriksaan balas telah dibuat berdasarkan premis pertuduhan seperti sekarang.

"Semua pemeriksaan balas saya setakat ini, dengan (bekas ketua audit) Ambrin (Buang) dan (bekas ketua setiausaha kerajaan) Ali Hamsa, inti pemeriksaan balas adalah bahawa tidak salah untuk meminda laporan audit yang belum dimuktamadkan,” kata Shafee.

Peguam itu juga mengatakan bahawa pihak pembelaan akan berunding dengan anak guam mereka, Najib mengenai apakah akan mengajukan permohonan untuk menenepikan tuduhan tersebut, kerana pindaan yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan.

Sementara itu, ketua DPP Gopal Sri Ram memberitahu mahkamah bahwa pihak pendakwaan berpendapat bahawa cadangan pindaan tersebut tidak akan membawa perubahan besar terhadap tuduhan tersebut.

Bekas hakim mahkamah persekutuan itu berkata bahawa inti utama kes pendakwaan bukanlah mengenai apakah laporan audit itu adalah draf atau sudah dimuktamadkan, tetapi berpusat pada kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM.

Seksyen 23 menetapkan adalah satu kesalahan menggunakan pejabat atau kedudukan untuk suapan.

"Ini adalah kes di bawah Seksyen 23 Akta SPRM. Ini bukan kes pencurian, penyelewengan atau CBT (pecah amanah jenayah)," kata Sri Ram, sambil menambah bahawa pihak pembelaan harus menumpukan perhatian pada kesalahan dan bukannya sama ada pertuduhan tersebut menyatakan laporan audit 1MDB yang disanggah sebagai draf atau tidak.

"Kami tidak mengemukakan sesuatu yang baru terhadap pertahanan," kata Sri Ram.

Mahkamah kemudian menetapkan 24 Jun untuk mendengar permohonan pendakwaan untuk meminda pertuduhan.

Ia juga membenarkan permohonan pembelaan untuk mengosongkan perbicaraan laporan audit 1MDB untuk hari ini dan esok untuk membantu pihak pembelaan mempersiapkan perbicaraan pada 24 Jun.

Zaini juga menetapkan tentatif tarikh pendengaran kes laporan audit 1MDB utama terhadap Najib dan tertuduh bersama, bekas presiden dan CEO 1MDB K Arul Kanda, dari 12 hingga 16 Oktober dan 7 hingga 10 Disember.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009, yang menetapkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun, dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah kepuasan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika disabit kesalahan.

Tarikh perbicaraan tentatif kerana bergantung kepada apakah perbicaraan Najib dalam kes 1MDB bernilai RM2.28 bilion, tidak akan diadakan pada tarikh tersebut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS