Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Syed Ali Al-Habshee dilantik pengerusi PPZ-MAIWP
Diterbitkan:  Jun 17, 2020 11:58 AM
Dikemaskini: 3:58 AM

Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengumumkan pelantikan Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee sebagai pengerusi baharu berkuat kuasa pada Jun 2020.

Beliau menggantikan Datuk Che Mat Che Ali yang telah tamat perkhidmatan pada 31 Mei lepas, demikian menurut kenyataan PPZ-MAIWP.

Syed Ali, 58, sebelum ini menyandang jawatan penting di beberapa syarikat berkaitan kerajaan seperti Pengerusi Perbadanan Nasional Bhd dan Ahli Lembaga Pengarah Technology Park Malaysia.

Beliau yang berkelulusan Diploma dalam Kepimpinan dan Pengurusan dari New Zealand Institute of Management, juga aktif dalam bidang sosial.

"PPZ-MAIWP yakin Syed Ali dapat memikul amanah dalam menyebarluaskan dakwah zakat dan seterusnya meningkatkan kutipan zakat di Wilayah Persekutuan pada setiap tahun," kata kenyataan itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS