Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
CEO PNB letak jawatan, dakwa terima ‘gangguan’
Diterbitkan:  Jun 15, 2020 6:23 PM
Dikemaskini: 10:36 AM

Jalil Rasheed dilaporkan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Permodalan Nasional Bhd (PNB) berkuat kuasa hari ini.

Memetik sumber, Focus Malaysia melaporkan teraju syarikat pengurusan aset terbesar di Malaysia itu telah menghantar surat rasmi.

Pengumuman rasmi dijangka dibuat tidak lama lagi.

Portal itu juga juga melaporkan Jalil memberitahu kakitangan PNB hari ini bahawa beliau mendapat gangguan semasa menjawat jawatan itu.

Perkara itu, katanya, termasuk panggilan kecaman daripada nombor tidak dikenali, e-mel korporat dan profil di perkhidmatan jaringan profesional LinkedIn digodam.

“Perkara ini membuatkan saya semakin bimbang tentang keluarga saya,” beliau dipetik sebagai berkata.

Sementara itu The Edge melaporkan Timbalan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Ahmad Zulqarnain Onn (bawah) menjadi seorang daripada calon yang dipertimbangkan sebagai pengganti Jalil.

Sebelum ini terdapat pihak mendakwa wujud ura-ura mengetepikan Jalil.

Jalil - yang turut bertugas sebagai presiden PNB - dilantik ke jawatan tersebut oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Jalil, 38, merupakan tokoh termuda dilantik sebagai CEO dalam sejarah PNB dan mula bertugas pada Oktober tahun lalu.

Sesetengah pihak mendakwa wujud keraguan berkaitan kelayakan akademik Jalil.

A Kadir Jasin 

Wartawan veteran dan bekas penasihat media perdana menteri, A Kadir Jasin semalam mendakwa kerajaan Perikatan Nasional menggunakan isu itu untuk mengetepikan Jalil.

“Jalil sebelum ini membongkar kekotoran era BN, termasuk perjanjian yang tidak menguntungkan PNB dan pemegang saham bumiputera," tulisnya


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS