- Di kemas kini dengan berita penuh.
Dua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) mengumumkan keluar parti.
Limus Jury (Kuala Penyu) dan James Ratib (Sugut) mengumumkan menjadi wakil rakyat bebas mesra Perikatan Nasional (PN), lapor perhidmatan berita pantas Bernama.
Mereka membuat pengumuman itu di rumah Limus di Penampang dengan kehadiran penyokong.
Limus, bekas naib presiden Upko, ialah Upko bahagian Beaufort manakala James ialah anggota majlis tertinggi parti itu.
Agensi berita nasional melaporkan Limus berkata beliau hilang kepercayaan dengan kepimpinan Upko yang didakwanya tidak konsisten dalam perjuangan.
Langkah itu menyebabkan Upko hanya mempunyai dua Adun.
Gabungan parti kerajaan pimpinan Warisan bagaimanapun masih memegang dua pertiga majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).