Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perlis tangguh kebenaran operasi pasar malam, pasar sehari

Majlis Perbandaran Kangar (MPK) menangguhkan kebenaran operasi pasar malam dan pasar sehari di seluruh negeri Perlis sehingga satu tempoh yang akan ditetapkan kemudian.

MPK dalam kenyataan malam tadi memberitahu ia selaras dengan keperluan bagi memastikan penganjuran aktiviti itu dapat dilaksanakan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Menurutnya MPK sedang memperhalusi kaedah penganjuran aktiviti penjajaan pasar malam dan pasar sehari yang dapat menepati SOP itu.

Sebagai alternatif, MPK sedang merancang untuk menganjurkan Bazar Penjaja Terkawal (BPT) di lokasi-lokasi terpilih, dan perkara itu akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri sebelum ini mengumumkan semua pasar terbuka, pasar pagi dan pasar malam serta bazaria di Wilayah Persekutuan dibenarkan beroperasi bermula Isnin ini (15 Jun), tertakluk kepada SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Beberapa negeri, antaranya Johor, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan turut mengambil langkah yang sama memberi kebenaran beroperasi secara berperingkat bermula Isnin ini mengikut SOP yang ditetapkan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS