Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ratusan gereja mohon dibuka semula
Diterbitkan:  Jun 12, 2020 10:22 AM
Dikemaskini: 2:22 AM

Ketika Malaysia memasuki fasa perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), kira-kira 500 gereja Kristian dengan pelbagai kumpulan dilaporkan memohon untuk dibuka semula selepas ditutup selama hampir tiga bulan.

Portal The Malaysian Insight melaporkan bahawa gereja-gereja tersebut - semuanya terletak di zon hijau di seluruh negara telah membuat permohonan kepada Kementerian Perpaduan Negara pada 6 Jun dan sedang menunggu kelulusan Kementerian Kesihatan.

Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia, Rev Hermen Shastri dilaporkan berkata permohonan baru itu terbahagi kepada tiga gereja Katolik dan 64 Evangelis yang telah dibenarkan untuk dibuka semula bagi upacara mingguan pada Ahad.

"Kami berharap kementerian akan menyegerakan perkara ini kerana kami telah bersedia untuk membuka dengan prosedur operasi standard yang diperlukan (seperti yang ditetapkan),” katanya.

Permohonan itu turut disertakan dengan maklumat lain yang diminta termasuk nama pastor, jumlah yang hadir dan saiz bangunan gereja masing-masing.

"Ini untuk gereja-gereja yang mengadakan ibadat setiap hari.

"Mereka (kerajaan) harus (mengkaji semula sekatan terhadap gereja sekarang) sektor lain, seperti pusat membeli-belah, restoran dan pengangkutan awam telah dibuka,” kata Hermen.

Beliau juga berharap kerajaan akan membenarkan gereja-gereja dibuka setiap hari bersama dengan sektor lain dengan syarat yang sama, mematuhi garis panduan kesihatan dan keselamatan.

Pada masa sama, Hermen menggesa kerajaan mempertimbangkan kembali sekatan yang melarang warga asing daripada memasuki rumah ibadat.

"Kami mempunyai banyak ekspatriat yang pergi ke gereja. Kami berharap kerajaan dapat meneliti perkara ini," tambahnya.

Sekatan yang sama terhadap warga asing turut dikenakan terhadap masjid dan rumah ibadat lain, selain had jumlah jemaah yang dibenarkan berkumpul di situ.

Semua rumah ibadat diarah tutup sejak awal Mac apabila PKP pertama kali dikuatkuasakan, bersama dengan sebahagian besar premis komersial.

Sebilangan besar sekatan telah ditamatkan, yang digantikan dengan PKPP sehingga 31 Ogos, selaras dengan garis panduan pencegahan Covid-19 yang baru. 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS