Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Dakwaan 4 MP Warisan akan keluar parti hanya mainan persepsi PN'
Diterbitkan:  Jun 9, 2020 9:42 PM
Dikemaskini: 3:33 PM

Setiausaha Agung Warisan, Loretto Padua menyangkal dakwaan bahawa empat anggota parlimen parti itu akan keluar parti dan menyokong Perikatan Nasional (PN).

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata dakwaan itu "tidak benar sama sekali" dan menyatakan ia hanya "permainan persepsi" oleh PN kerana bimbang dengan sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya yang kini dikenali sebagai 'PH Plus'.

"Ini hanyalah permainan persepsi oleh PN kerana mereka takut dengan sokongan yang diberikan kepada PH Plus.

"Permainan ini bukan sahaja dimainkan ke atas Ahli Parlimen Warisan tetapi juga Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri agar mereka menyokong PN. 

"Mereka sudah ketandusan. Mereka berani menjual nama Ahli- Ahli Parlimen kononnya mereka telah bersetuju untuk melompat," katanya.

Loretto mengulas laporan Harian Metro hari ini yang mengatakan empat anggota parlimen Warisan akan keluar parti dan menyokong PN.

Bagaimanapun, semakan mendapati laporan tersebut telah dipadamkan.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika PH dan sekutunya mengadakan pertemuan hari ini bagi membincangkan calon perdana menteri mereka.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS