Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rapid Rail akur untuk teruskan penjarakan sosial
Diterbitkan:  Jun 9, 2020 4:21 PM
Dikemaskini: 8:21 AM

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) mengumumkan bahawa pihaknya akan akur untuk meneruskan polisi penjarakan sosial dalam tren dan stesen kendalian.

Dalam satu kenyataan, Rapid Rail menjelaskan bahawa polisi tersebut akan terus dilaksanakan sehingga keputusan baru dibuat oleh kerajaan.

“Rapid Rail selaku pengendali kepada perkhidmatan rel di bawah jenama Rapid KL akur dengan keputusan kerajaan untuk meneruskan penjarakan sosial di dalam LRT, MRT dan Monorel,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Rapid Rail mengumumkan bahawa pihaknya akan mengakhiri langkah penjarakan sosial apabila perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang akan berkuat kuasa esok.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata Rapid Rail tidak mempunyai kuasa untuk mengubah prosedur standard operasi (SOP) penjarakan sosial bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Sementara itu, Rapid Rail turut menggesa penumpang yang bakal kembali bekerja pada 10 Jun dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan memberi kerjasama.

“Pengguna diminta merancang perjalanan anda memandangkan bilangan penumpang akan bertambah,” kata kenyataan itu lagi.

Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS