GLOBAL | Amerika Syarikat (AS) secara rasmi dilanda kemelesetan ekonomi pada Februari, ketika negara itu kini mula merasakan kesan daripada langkah pencegahan yang diambil ekoran penularan wabak Covid-19, lapor agensi berita Sputnik.
Menurut Biro Penyelidikan Ekonomi Kebangsaan pada Februari kemelesetan mula melanda, menandakan berakhirnya pengembangan ekonomi AS yang bermula sejak Jun 2009.
Biro itu berkata pertumbuhan ekonomi AS berlangsung selama 128 bulan, tempoh terpanjang dalam sejarah kitaran perniagaan di negara ini sejak 1854.
Terdahulu, pada Isnin Bank Dunia berkata ekonomi dunia diramal menyusut 5.2 peratus tahun ini, kemelesetan terburuk sejak Perang Dunia II.
Ekonomi AS pula dijangka menurun 6.1 peratus pada 2020, di bawah 7.9 mata peratusan berbanding ramalan sebelum ini, tambah laporan itu.
- Bernama
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.