Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Zoo dibenarkan dibuka semula mulai esok
Diterbitkan:  Jun 9, 2020 3:03 PM
Dikemaskini: 7:34 AM

Zoo Negara serta zoo di negeri-negeri lain dibenarkan beroperasi mulai esok tetapi tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, kerajaan telah menerima pembentangan mengenai SOP yang telah dibangunkan, pentadbiran zoo masing-masing pada mesyuarat khas menteri, hari ini.

"Zoo Negara dan zoo yang lain sudah membentangkan SOP bagi pembukaan semula itu dan ini sudah dipersetujui, dan mulai esok boleh dibuka," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Mengenai sama ada sekolah muzik dapat meneruskan perniagaan, Ismail Sabri berkata tidak boleh.

Katanya, pembukaan pusat seni, akan dibincang dan dibentangkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Khamis ini untuk keputusan selanjutya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS