Pusat Jurnalisme Bebas (CIJ) membidas apa yang disifatkannya sebagai cubaan kerajaan PN untuk menyekat suara bantahan.
Ini selepas blogger Dian Abdullah dikenakan pertuduhan di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana berkongsi kandungan yang menyinggung dan mengancam.
Dian juga didakwa di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana membuat pernyataan yang boleh menyebabkan kerosakan masyarakat.
Ini selepas dua hantaran di blog yang mana Dian membuat catatan mengenai Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
"Sebagai pengawas kebebasan bersuara, kami melihat dengan bimbang atas kenaikan bilangan tuduhan di bawah Seksyen 233 Akta 588 baru-baru ini.
"Kerajaan mesti menghentikan pengisian dan penyiasatan terhadap individu di bawah undang-undang regresif seperti Seksyen 233 Akta 588 atas sebab menyuarakan perbezaan pendapat terhadap negara dan pihak berkuasa awam," kata Pengarah Eksekutif CIJ Wathshlah G Naidu pada suatu kenyataan.
Dian dikenakan bayaran ikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan. Dia diwakili peguam L Hamsagayathri.
Kumpulan hak asasi manusia Suaram sebelum ini juga telah menimbulkan kebimbangan bahawa kerajaan PN yang baru menggunakan taktik era BN terhadap pembangkang.
Antara insiden yang dikatakan adalah siasatan polis terhadap wartawan Tashny Sukumaran yang telah menulis mengenai penangkapan pendatang tanpa dokumen dan siasatan terhadap Ahli Parlimen Kuala Langat Xavier Jayakumar di bawah Akta Hasutan 1948.
Selain itu, dilaporkan juga kes membabitkan pengasas Pusat Bagi Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), Cynthia Gabriel; pengerusi Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch) R Sri Sanjeevan; aktivis masyarakat, Fadiah Nadwa Fikri, dan Ahli Parlimen Kuala Langat Dr A Xavier Jayakumar.
Anggota Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa semalam juga mendedahkan bahawa beliau sedang disiasat polis atas komen yang dibuatnya tahun lalu.
Wathshlah berkata tindakan menyekat kebebasan bersuara dengan "membisu" pendapat yang berbeza perlu ditolak.
"Sekatan atau had kebebasan bersuara mesti berdasarkan prinsip-prinsip perlu dan berkadaran (necessary and proportionate), manakala langkah-langkah yang diambil untuk menangani alegasi dugaan pelanggaran dalam talian (alleged online infringement) mesti memenuhi ujian bahaya (the harm test) untuk menentukan kesahan, keperluan dan perkadaran (legitimacy, necessity and proportionality).
"Mengkriminalisasi kandungan yang berpotensi menentang dan berusaha untuk memegang kerajaan untuk dipertanggungjawabkan sangat tidak seimbang dengan tujuan-tujuan sah untuk melindungi ketenteraman awam.
"Kita memerlukan persekitaran yang sihat untuk mengalakkan pemikiran kritis dan perdebatan yang sihat. Ini akan menegakkan demokrasi dan urus tadbir yang baik," kata Wathshlah.