Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Malaysia umum status tunai haji, solat Jumaat Khamis ini
Diterbitkan:  Jun 9, 2020 11:59 AM
Dikemaskini: 4:09 AM

Keputusan sama ada Malaysia akan menghantar jemaah haji untuk mengerjakan ibadah itu pada tahun ini akan diumumkan Khamis ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zukifli Mohamad.

Turut akan diumumkan pada Khamis ini adalah Prosedur Operasi Standard (SOP) berkenaan keluasan dan kapasiti bagi solat jemaah dan solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), katanya.

“Satu kenyataan rasmi akan kita kemukakan selewat-lewatntnya Khamis ini untuk menjawab sebarang bentuk persoalan tentang solat Jumaat dan solat jemaah," katanya dalam sidang media bersempena Pembentangan Kad Laporan Mei 2020, di Putrajaya hari ini.

Beberapa negara seperti Indonesia dan Singapura sebelum ini dilaporkan memutuskan untuk tidak menghantar jemaahnya menunaikan haji bagi tahun ini dengan alasan kesihatan dan keselamatan berikutan pandemik Covid-19 yang masih belum pulih.

Zukifli berkata Malaysia akan mengadakan perbincangan khusus dan rasmi dengan pelbagai pihak berautoriti berhubung dasar yang akan diputuskan termasuk berkaitan status tunai haji dan solat Jumaat dan berjemaah.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS