Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Upko lancar penjenamaan semula parti secara dalam talian
Diterbitkan:  Jun 7, 2020 6:17 PM
Dikemaskini: 10:17 AM

Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) hari ini melancarkan penjenamaan semula parti itu secara dalam talian, sejajar dengan kebiasaan baharu yang disebabkan wabak Covid-19.

Pelancaran penjenamaan semula parti itu, yang merangkumi inti pati nama, logo dan bendera baharu, disempurnakan Presidennya Wilfred Madius Tangau serta bersiaran secara langsung di media sosial Facebook rasmi Upko.

Upko sebelum ini dikenali dengan nama Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu.

Tangau ketika berucap melancarkan penjenamaan semula parti itu berkata wawasan, misi serta objektif Upko juga telah disesuaikan dan diperbaharui dengan ideologi perjuangan baharu selaras aspirasi serta kehendak rakyat Sabah pada masa ini.

“Hari ini merupakan satu lagi hari bersejarah dalam perjuangan Upko. Upko membuka lembaran baharu dalam perjuangannya yang menjurus kepada politik pembangunan iaitu satu gagasan perjuangan bercirikan global dan inklusif yang juga satu penghijrahan daripada politik perkauman kepada politik aspirasi rakyat berbilang kaum.

“Lembaran baharu ini adalah kesinambungan perjuangan Upko yang pragmatis, dinamik dan dipacu oleh denyutan nadi rakyat yang dahagakan perubahan dan kemajuan,” katanya.

Beliau berkata Upko, yang sinonim dengan perjuangan Perjanjian Malaysia 1963, juga akan meneruskan aktiviti meraikan Hari Malaysia seperti yang dilakukan selama ini termasuk Sambutan Hari Orang Asal Sedunia.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS