Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wanita bertindak agresif ketika ditahan dalam Op Mabuk

Seorang wanita bertindak agresif dan enggan memberi kerjasama kepada polis semasa ditahan dalam satu sekatan jalan raya (SJR) Op Mabuk di Selangor malam ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Supt Azman Shari'at berkata wanita berkenaan merupakan seorang daripada tujuh individu yang ditahan semasa operasi tersebut.

“Enam sekatan jalan raya telah diadakan termasuk di Subang Jaya, Klang dan Ampang dan kesemua suspek di bawa ke balai polis untuk siasatan lanjut,” katanya ketika meninjau SJR di Lebuh Raya Kajang SILK dekat Kuala Lumpur, malam tadi.

Menurutnya, enam lelaki tempatan yang ditahan itu akan disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan manakala wanita tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS