Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kerajaan pertimbang guna fasiliti GLC untuk pembotolan vaksin Covid-19
Diterbitkan:  Jun 5, 2020 8:37 AM
Dikemaskini: 12:37 AM

Kerajaan mempertimbangkan untuk menggunakan fasiliti syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai tempat pembotolan vaksin Covid-19 kelak.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata bahawa ia adalah salah satu cara untuk memastikan Malaysia mendapat akses kepada vaksin itu apabila ia akhirnya berjaya dihasilkan.

"Kita tidak mempunyai kemampuan sepenuhnya dalam pembuatan vaksin manusia di Malaysia, tetapi kita mempunyai keupayaan untuk mengisi atau melengkapkan proses itu, yang pada dasarnya adalah tempat anda memasukkan vaksin ke dalam botol.

"Kami telah berbincang dengan syarikat swasta, ia adalah GLC, untuk melihat jika kita boleh menasionalisasikan kemudahan itu sebagai tempat membotolkan vaksin," katanya dalam sesi soal jawab dalam talian selepas pelancaran Indeks Global Covid -19, semalam.

Khairy tidak menyebutkan nama GLC yang dimaksudkan.

"Apa jenis kemudahan yang akhirnya kita akan dapatkan bergantung pada vaksin yang macam mana yang akan terhasil," tambahnya.

Setakat ini, belum ada vaksin Covid-19 yang berjaya dihasilkan. Makmal di seluruh dunia sedang berlumba-lumba untuk menjadi yang pertama melakukannya.

Vaksin biasanya memerlukan sekurang-kurangnya satu dekad untuk dihasilkan, namun para saintis berusaha untuk menghasilkan vaksin Covid-19 menjelang tahun depan.

Khairy berkata bahawa kerajaan juga mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menggabungkan kemampuan pembuatan vaksin.

Dia menambah bahawa Perikatan Nasional (PN) telah menubuhkan pasukan petugas yang terdiri daripada kementeriannya, Kementerian Kesihatan dan Wisma Putra untuk mencari cara mendapatkan vaksin Covid-19.

Kerajaan telah menghubungi negara-negara seperti AS, UK dan China - di mana vaksin sedang dihasilkan - untuk bertanya sama ada Malaysia dapat mengakses vaksin tersebut sebaik ia berjaya dihasilkan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS