Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
30 rumah atas air di Semporna musnah dalam kebakaran

Kira-kira 30 buah rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Sri Aman di Semporna, Sabah awal pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, Fazizul Hizam Borhan berkata tiga jentera bersama 17 anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 1.33 pagi.

"Bomba sampai di tempat kejadian empat minit kemudian dengan api marak membakar rumah.

"Anggota bomba berusaha memadamkan api menggunakan sumber air laut, pili bomba serta tangki jabatan air, sekali gus mengawal kebakaran dari merebak ke rumah lain dianggarkan 190 buah rumah lagi," katanya.

Fazizul Hizam berkata, pihaknya turut mendapat bantuan daripada Balai Bomba Tawau serta Kunak selain agensi seperti Sabah Electricity Sdn Bhd dan polis.

Beliau berkata api berjaya dikawal sepenuhnya pada 5.01 pagi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih disiasat.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS