Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KKM mungkin cadang longgar sektor lain jika tiada lonjakan kes minggu depan
Diterbitkan:  Jun 1, 2020 6:50 PM
Dikemaskini: Jun 2, 2020 7:58 AM

Kementerian Kesihatan (KKM) mungkin mencadangkan pelonggaran sekatan di sektor lain jika jumlah kes Covid-19 baru masih terkawal pada minggu depan, kata ketua pengarah Dr Noor Hisham Abdullah.

"Kebimbangan KKM adalah sama ada kes akan meningkat selepas Hari Raya.

"Sudah seminggu selepas Hari Raya dan kami melihat data dan tidak ada lonjakan kes yang mendadak (setakat ini). Mungkin kita akan memantau selama seminggu lagi dan (lihat apakah) kes masih terkawal seperti sekarang.

"Jadi mungkin kita akan menasihati Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan perdana menteri, jika keadaan berlanjutan seperti dua angka atau satu angka (kes harian), mungkin kita akan melonggarkan sekatan di sektor lain seperti sektor sosial, sektor sukan dan juga sektor pendidikan,” kata Noor Hisham dalam sidang media hariannya hari ini.

Perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dijadualkan berakhir pada 9 Jun.

[Baca berita asal]

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS