Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
2 polis cedera akibat kemalangan di Seremban
Diterbitkan:  Jun 1, 2020 3:20 PM
Dikemaskini: 7:20 AM

Dua anggota polis mengalami cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Km275.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di Seremban pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 Mohd Syazwan Saidy berkata kejadian berlaku kira-kira 11.18 pagi dan mereka dikenal pasti sebagai Jasali Kilih, 38 dan M. Malvinder Sing, 37 daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.

Menurutnya, ketika pihak bomba tiba di lokasi, kedua-dua mangsa sudah dikeluarkan dari kenderaan oleh orang awam.

Difahamkan mereka dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai dan kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah kereta telah memotong Toyota Hilux itu secara tiba-tiba menyebabkan pemandu brek mengejut dan kenderaan terbabas ke pembahagi jalan sebelum terbalik, katanya dalam kenyataan di Seremban.

Menurutnya ketika kejadian, permukaan jalan adalah basah dan licin akibat hujan.

Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan ringan di kepala, dada, badan dan tangan kemudian dihantar ke Hospital Tuankua Ja’afar untuk rawatan lanjut, katanya.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS