mk-logo
Berita
Polis: Khalid Samad tak terlibat tuduhan rasuah bekas pembantu

Polis tidak akan menyiasat bekas menteri wilayah persekutuan Khalid Samad berhubung tuduhan rasuah yang dikaitkan dengan bekas setiausaha politiknya, Azli Yusuf.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Mohd Zakaria Ahmad mengesahkan anggota parlimen Shah Alam itu tidak terlibat dalam perkara itu.

"“Kes ni tak ada kena mengena dengan (bekas) menteri berkaitan.

“Jadi, tak ada sebab untuk pihak polis panggil dia," katanya kepada Malaysiakini.

Nama Khalid disebut selepas polis menahan Azli pada 16 Mei.

Khalid sebelum ini berkata penahanan itu berdasarkan aduan daripada sebuah syarikat arkitek yang mendakwa menerima Arahan Pembangunan (DO) palsu daripada seorang "broker".

Beliau mendakwa broker berkenaan menggunakan nama Azli yang dikatakan telah mendapatkan DO berkenaan bagi pihaknya.

Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan bahawa bekas menteri itu akan menjadi salah seorang yang akan dipanggil oleh pihak polis.

Pada 27 Mei, Khalid memberitahu media bahawa menurut Azli, namanya tidak pernah disebut dalam siasatan, sambil berharap supaya perkara itu dapat diselesaikan.

Sementara itu, Mohd Zakaria berkata, siasatan mengenai perkara itu masih dijalankan.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS