Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mangsa maut kemalangan bukan kes bunuh - Polis
Diterbitkan:  May 29, 2020 11:17 AM
Dikemaskini: 3:34 AM

Tiada kejadian bunuh berlaku di Jalan Ulu Jenut, Kuala Krau di Temerloh, kira-kira 115 kilometer, dari sini, sebaliknya gambar yang tular di media sosial sejak malam tadi hanya kemalangan maut yang melibatkan seorang penunggang motosikal yang terbabas.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd Yusri Othman, berkata dakwaan berlaku kes bunuh mungkin timbul ekoran penemuan sebilah parang yang dipercayai dibawa mangsa Mohamad Akhbar Abd Manaf, 24, dalam raga motosikal tersebut.

"Mangsa dipercayai dari pekan Kuala Krau untuk pulang ke rumah namun terbabas ke kiri bahu jalan pada jam 9.55 malam berkemungkinan akibat mengantuk dan keadaan jalan yang gelap. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala," katanya semasa dihubungi di Kuantan, hari ini.

Mohd Yusri berkata mayat mangsa, yang beralamat di Jenderak Utara, Kuala Krau, dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh untuk bedah siasat.

Sejak malam tadi, beberapa keping gambar termasuk mayat yang dtutup dengan kain putih dan sebilah parang dengan hulu berwarna biru dikongsikan di Facebook dengan keterangan berlaku kes bunuh seorang lelaki di Kuala Krau sebagai maklumat awal.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS