Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
174 rumah ibadat bukan Islam dapat kebenaran buka semula
Diterbitkan:  May 28, 2020 1:20 PM
Dikemaskini: 5:27 AM

Sebanyak 174 rumah ibadat bukan Islam dalam zon hijau diluluskan untuk kembali dibuka pada 10 Jun ini.

Kementerian Perpaduan Negara berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas menteri-menteri mengenai pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bilangan 45 tahun 2020 pada 21 Mei lalu.

Menurut kementerian, permohonan diluluskan mengikut ketetapan prosedur operasi piawai (SOP) seperti bilangan kehadiran maksimum 30 orang, serta tertakluk kepada saiznya.

“Maklumat lanjut rumah-rumah ibadat tersebut boleh dirujuk kepada badan agama berkaitan,” menurut kenyataan kementerian hari ini.

 Bagaimanapun, menurut kementerian, pelaksanaan urusan perkahwinan di kuil, gereja dan persatuan agama ditangguhkan sehingga 31 Julai.

“Pembukaan rumah ibadat yang lain perlu dipohon melalui badan agama masing-masing dan seterusnya dikemukakan kepada Kementerian Perpaduan Negara mengikut prosedur yang ditetapkan selepas 10 Jun 2020.

“Permohonan-permohonan yang diterima akan dibawa oleh pihak Kementerian kepada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri untuk kelulusan dari masa ke semasa,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS