Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
SPRM nafi tutup akaun Twitter
Diterbitkan:  May 27, 2020 9:18 AM
Dikemaskini: 2:14 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan pihaknya telah menutup akaun rasmi di Twitter, sebaliknya menjelaskan berlaku masalah teknikal terhadap akaun tersebut.

Justeru, SPRM berkata pihaknya telah membuat laporan kepada pihak Twitter semalam dan isu itu kini dalam proses pemulihan dan penambahbaikan.

"Berhubung dakwaan akaun rasmi Twitter SPRM @SPRMMalaysia dinyahaktifkan, SPRM ingin menjelaskan perkara tersebut berpunca daripada isu teknikal di pihak Twitter sejak semalam.

"Oleh yang demikian, dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan SPRM menutup akaun rasmi Twitter suruhanjaya ini adalah tidak benar," kata suruhanjaya itu dalam kenyataan hari ini.

SPRM juga menyuarakan penghargaan terhadap keprihatinan semua pihak tetapi berharap semua pihak tidak membuat apa-apa spekulasi, terutama melibatkan imej dan integriti suruhanjaya itu.

Setakat jam 8.40 pagi hari ini, pemeriksaan mendapati akaun tersebut masih belum dibuka semula.

Isu itu mengundang perhatian sejak Isnin dengan ramai pengguna Twitter, termasuk sejumlah ahli politik, membangkitkan tentang akaun rasmi SPRM yang telah "dinyahaktif".


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS