Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
MCA kecam wakil Klang tandatangani memo anti-China
Diterbitkan:  May 25, 2020 1:30 PM
Dikemaskini: 5:30 AM

Seorang pemimpin MCA mengecam ahli parlimen Klang, Charles Santiago kerana didakwa meletakkan Malaysia dalam "kedudukan yang janggal" dengan menandatangani memorandum antarabangsa bersama membantah tindakan China.

Charles adalah sebahagian daripada 191 anggota parlimen dan penggubal dasar dari 23 negara yang mengeluarkan kenyataan bersama yang mengecam "pengenalan undang-undang keselamatan negara secara sepihak oleh Beijing."

Charles menandatangani memorandum itu sebagai pengerusi ahli parlimen Asean untuk Hak Asasi Manusia.

Anggota jawatankuasa pusat MCA Chew Kok Woh berkata adalah memalukan bagi Charles untuk bergabung dengan penggubal undang-undang dan ahli politik Barat dalam mengkritik China sedangkan Hong Kong adalah sebahagian daripada wilayah China.

"Sangat memalukan bahawa Charles telah bergabung dengan yang lain dengan  meletakkan namanya dan nama Malaysia dalam kedudukan yang janggal kerana kita mempunyai hubungan yang sangat erat dengan China," katanya.

Chew berkara bahawa China bebas untuk menggubal sebarang undang-undang mengenai keselamatan di Hong Kong.

"Kita lihat keselamatan mula tidak terkawal di Hong Kong dengan berlakunya  rusuhan yang ganas, pelemparan bom dan vandalisme tidak terkawal.

"Ini bukan demokrasi tetapi ancaman terhadap demokrasi yang Barat juga menutup mata dan bahkan memuji para perusuh ini sebagai pro-demokrasi," kata The Star memetik Chew.

"AS dan negara-negara Barat mempunyai undang-undang (keselamatan) yang serupa, jadi jangan bersikap hipokrit," katanya.

Hong Kong memerlukan undang-undang seperti itu untuk mengembalikan keamanan dan kestabilan untuk persekitaran perniagaan yang kondusif, katanya.

Beliau turut mempersoalkan apakah ini adalah kedudukan rasmi DP khususnya Pengerusi DAP Tan Kok Wai sebelum ini adalah duta khas negara ke China.

"Kami mahu DAP menyatakan secara jelas sama ada ia berpegang dengan pendirian sama yang dibuat oleh wakil dari Klang," katanya.

[Baca berita penuh]




Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS