Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Covid-19: 60 kes baru, 33 pulih, tiada kematian - KP KKM
Diterbitkan:  May 24, 2020 5:06 PM
Dikemaskini: 10:14 AM

Malaysia mencatatkan 60 lagi kes Covid-19 baru, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan yang dicatatkan adalah sebanyak 7,245.

Setakat tengah hari tadi, 33 lagi pesakit sembuh sepenuhnya, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih dari jangkitan wabak itu ialah 5,945 atau 82 peratus daripada keseluruhan kes.

Mengambil kira kes yang sudah sembuh, jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia ialah 1,185 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan Twitter juga menjelaskan 7 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

"Daripada 53 kes penularan tempatan, 44 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 27 kes bukan warganegara Malaysia telah dikesan di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) di Semenyih dan enam (6) kes di sebuah kluster baru di DTI Sepang.

"Sehingga kini, terdapat sembilan pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan empat kes memerlukan bantuan pernafasan," kata Noor Hisham.

Noor Hisham juga hari ini memaklumkan tiada kematian baru dilaporkan, menjadikan jumlah korban akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes.

Tiada sidang media hari ini bagi memberi ruang kepada sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS