Malaysiakini mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin kepada semua pembaca kami yang beragama Islam.
Sebahagian besar petugas kami akan turut bercuti untuk meraikan Aidilfitri. Justeru, Malaysiakini akan beroperasi dalam keadaan jumlah wartawan dan editor yang terhad.
Kami akan kembali dengan tenaga kerja sepenuhnya pada Jumaat, 29 Mei 2020 bagi memaparkan lebih banyak berita terkini dan pelbagai pandangan yang menarik.
Dalam suasana sambutan perayaan di luar kelaziman akibat wabak Covid-19, Malaysiakini ingin menasihatkan pembaca supaya sentiasa mematuhi SOP yang digariskan Kementerian Kesihatan sepanjang perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.