Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kluster depoh Bukit Jalil: KKM siasat jika tahanan, staf sumber jangkitan

KKM sedang siasat sekiranya terdapat jurang prosedur pemeriksaan sebelum diterima masuka ke pusat tahanan imigresen itu.

Kementerian Kesihatan sedang meneliti sekiranya kluster depoh imigresen Bukit Jalil mengenai kes Covid-19 disebabkan oleh jurang dalam prosedur pemeriksaan sebelum masuk ke pusat tahanan itu.

Kluster itu, yang mempunyai 60 kes dan tiada kematian setakat ini, terdiri daripada tahanan yang ditangkap sebelum dan semasa perintah kawalan pergerakan (PKP).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, mereka yang ditangkap semasa PKP sepatutnya disaring dua kali sebelum mereka yang tanpa gejala Covid-19 dibenarkan masuk ke depot.

"Mungkin satu atau dua daripada mereka sebenarnya tidak disaring

"Atau mungkin (mereka disaring ketika virus itu) dalam tempoh inkubasi, dan belum dapat dikesan," katanya.

Kementerian juga sedang menyiasat jika pegawai imigresen di depoh itu menjadi sumber jangkitan.

Noor Hisham berkata, semua kakitangan depoh telah diuji negatif virus Covid-19 setakat ini.

"Mungkin kami akan melihat sekiranya kakitangan itu sendiri membawa jangkitan kerana tahanan tidak ke mana-mana, tetapi kakitangan masuk dan keluar.

"Setakat ini (dalam) pemeriksaan kami (untuk) 114 staf, semuanya (adalah) negatif," katanya.

Selain dari kemudahan Bukit Jalil, 21 kes Covid-19 juga telah dikesan di depoh imigresen Semenyih di Selangor.

Punca jangkitan di depoh kedua juga sedang disiasat.

[Baca berita penuh]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS