Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sambutan hari keputeraan agong ditangguhkan
Diterbitkan:  May 22, 2020 3:11 PM
Dikemaskini: 7:11 AM

Semua acara sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Jun ini ditangguhkan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan hari ini berkata, Yang di-Pertuan Agong menitahkan penangguhan itu adalah selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun ini untuk mengekang penularan COVID-19.

“Kesemua acara yang dijadualkan pada 3 hingga 11 Jun, ditangguhkan atas faktor keselamatan dan kesihatan umum kerana negara masih lagi menghadapi serta memerangi ancaman penularan wabak COVID-19.

“Kesemua acara ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Ahmad Fadil berkata seperti mana yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Zuki Ali pada 4 Mac lepas, Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka tahun ini ialah pada Isnin, 8 Jun dan hari itu diisytiharkan sebagai hari kelepasan am.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS