Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Peguam dakwa Wan Saiful tersilap faham perlembagaan Bersatu
Diterbitkan:  May 21, 2020 7:49 PM
Dikemaskini: 11:49 AM

Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, tersilap faham akan perlembagaan parti berhubungi pengguguran automatik anggota pertubuhan tersebut, kata seorang peguam.

Menurut Muhammad Rafique Rashid Ali pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu mendakwa ahli parlimen Bersatu yang duduk bersama pembangkang di Dewan Rakyat patut digugurkan keanggotaan mereka secara automatik.

Bagaimanapun, kata Rafique - yang menjadi salah seorang anggota peguam Dr Mahathir Mohamad - tindakan ahli parlimen terbabit tidak dianggap suatu kesahalan yang membawa kepada mereka hilang keanggotaan dalam parti.

"Saya perlu mengingatkan Wan Saiful bahawa dia melakukan kesalahan dari perspektif perlembagaan parti apabila dia nampaknya lebih suka bermain politik semasa wabak Covid-19 berbanding membaca perlembagaan Bersatu.

"Artikel 10 perlembagaan itu merujuk secara khusus pada hal-hal yang berkaitan dengan pengunduran diri dan pemecatan anggota parti, dan tidak ada tempat mengatakan bahawa duduk dalam posisi yang tidak menyokong Perikatan Nasional (PN) di Dewan Rakyat dianggap sebagai bergabung dengan penentang Bersatu.

"Apa yang ditentukan oleh fasal itu adalah, keanggotaan akan hilang secara automatik apabila anggota parti bergabung dengan parti politik lain di negara ini, atau bertanding dalam pilihan raya sebagai calon bebas tanpa izin Bersatu.

"Begitu juga halnya dengan anggota yang mencalonkan atau menyokong mana-mana calon pilihan raya selain daripada Bersatu," katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini hari ini.

Fahami konsep kedaulatan undang-undang

Terdahulu Wan Saiful mencadangkan agar Bersatu melucutkan keanggotaan serta-merta ahli parlimen parti itu yang duduk di bahagian pembangkang semasa sidang Dewan Rakyat Isnin lalu.

Bekas ketua pegawai eksekutif badan pemikir Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) itu mendakwa semua anggota Bersatu harus menghormati disiplin parti.

“Dalam perlembagaan Bersatu, menyertai kelompok (kerusi) pembangkang adalah satu perkara yang menyebabkan keahlian seseorang gugur dengan sendirinya.

“Bukan tindakan disiplin, tetapi gugur (keahlian) dengan sendiri,” katanya. 

Ia merujuk kepada sidang Dewan Rakyat yang berlangsung selama kira-kira sejam pada 18 Mei lalu. Ia merupakan sidang yang dikritik pembangkang kerana dilakukan hanya untuk mendengar titah diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.

Pada sidang berkenaan beberapa ahli parlimen Bersatu - termasuk pengasas parti berkenaan, Dr Mahathir Mohamad - menyertai blok pembangkang.

Turut menyertai blok pembangkang ialah ketua pemuda parti itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Sebahagian besar yang lain menjadi penyokong Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.

Kata Rafique keabsahan seruan Wan Saiful agar tindakan disiplin dikenakan terhadap anggota Bersatu yang tidak menyokong PN juga boleh dipersoalkan.

"Bukankah PN juga merupakan gabungan politik yang belum didaftarkan secara sah?

"Wan Saiful harus memahami konsep kedaulatan undang-undang, yang berdasarkan tafsiran menyeluruh terhadap undang-undang menurut Perlembagaan Persekutuan," katanya.

[Baca berita penuh]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS