Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Depot tahanan Imigresen Bukit Jalil kluster baru Covid-19
Diterbitkan:  May 21, 2020 5:30 PM
Dikemaskini: 9:30 AM

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu membabitkan warga asing di Depot Tahanan Imigresen di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Memperincikan kluster baharu itu, beliau berkata sehingga tengah hari ini seramai 645 orang telah disampel secara keseluruhan dengan 35 daripadanya disahkan positif Covid-19.

Katanya, kesemua 35 kes positif itu membabitkan 17 warga Myanmar; 15 (India), dan masing-masing seorang warga Sri Lanka, Bangladesh dan Mesir.

“Daripada jumlah keseluruah, 400 kes adalah negatif manakala 210 orang masih menunggu keputusan. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

“Pelbagai aktiviti pencegahan dan kawalan telahpun dijalankan misalnya, aktiviti nyahkuman, pendidikan kesihatan seperti penjagaan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dengan air dan sabun serta penekanan mengenai penjarakan sosial,” katanya pada sidang media harian mengenai Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

- Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS