Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

ULASAN | Saya telah membaca kenyataan YB Lim Kit Siang yang mengatakan “Jika bukan kerana Langkah Sheraton dan krisis politik yang berlaku, Malaysia mungkin tidak akan berhadapan dengan gelombang kedua Covid-19 dan tidak perlu melalui PKP dan PKPB yang membawa kesan buruknya terhadap nyawa dan kehidupan”.

Setelah membaca blog YB Lim secara menyeluruh, saya tidak dapat cari satu faktor pun kerajaan PN yang menyebabkan Malaysia berdepan dengan gelombang kedua Covid-19 ini.

YB Lim menyentuh beberapa isu politik yang langsung tidak berkaitan dengan Covid-19 seperti seorang menteri yang tersasul cakap bilangan peserta dalam satu E-conference kepada bilangan negara.

Untuk makluman rakan-rakan, saya tidak dapat bayangkan apa yang akan berlaku kalaulah kita masih berada dalam kerajaan PH.

Mantan Menteri Kesihatan YB Dzulkefly mencadangkan konsep jarakkan diri dan bukan lock down.

Beliau bercakap demikian pada 16 Mac, sehari sebelum PKP dilaksanakan.

Walaupun PKP bukannya lock down, saya berpendapat bahawa kalaulah kita mengikuti cadangan mantan menteri ini (sekadar penjarakan sosial sahaja) entah apa akan terjadi kepada negara kita tanpa perintah kawalan pergerakan.

Selain itu, mantan menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan YB Mohammadin Ketapi berkata “Tolong jangan halang pelancong ke lokasi tumpuan”.

Masa itu (hujung bulan Januari), Covid-19 telah mula merebak di Malaysia.

Pinjamkan menteri kesihatan

Saya terlihat beberapa video yang dimuat naik oleh beberapa warga asing tentang betapa jayanya Malaysia melawan Covid-19, dan memuji kerajaan Malaysia dalam usaha menawan sebaran wabak ini .

Ada juga yang meminta Malaysia meminjamkan menteri kesihatan kita kepada United Kingdom.

Keazaman dan kegigihan Kementerian Kesihatan dan kerajaan kita untuk menukarkan dewan Maeps kepada hospital kuarantin sementara dalam empat hari juga menarik perhatian semua.

Saya betul-betul tidak faham tentang penulisan blog YB Lim. Pada pandangan saya, tanpa “Langkah Sheraton “ yang dimaksudkan oleh YB Lim dalam blog beliau, maka mungkin menteri kesihatan hanya sekadar melaksanakan penjarakan sosial, dan menteri pelancongan masih mengalakkan pelancong yang berasal dari negara jangkitan Covid.

Yang mengiktiraf dan memuji Kerajaan Malaysia, adalah media asing, warga asing dan fakta dalam tangan.

Yang cuba sedaya upaya untuk memburukkan nama Malaysia dengan isu politik remeh seperti tersasul kata, saya tidak mahu menyebutkan nama siapa-siapa, siapa makan cili dia sendiri rasa pedas.

Sekian, terima kasih.


MAH HANG SOON ialah timbalan menteri pendidikan I.

Artikel ini ditulis atas kapasiti beliau secara peribadi dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS