Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas ketua pegawai eksekutif Shahrol Azral Ibrahim Halmi hari ini memberitahu mahkamah, dia menjadi kambing hitam dalam skandal membabitkan berbilion dana negara.

Memberi keterangan di depan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collins Lawrence Sequerah, Shahrol berkata demikian semasa sesi pemeriksaan balas ketua pembelaan Najib Razak, Muhammad Shafee Abdullah.

Bekas perdana menteri itu sedang dibicarakan atas tuduhan rasuah dan salahj guna kuasa membabitkan syarikat pelaburan milik negara, 1MDB.

Terdahulu Shafee membacakan petikan dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAS) mengenai 1MDB pada 2016 yang mencadangkan agar Shahrol dikenakan tindakan.

Menurut laporan berkenaan PAC percaya Shahrol perlu mengambil tanggungjawab atas kelemahan dan kecuaian 1MDB.

"Justeru agensi penguat kuasa undang-undang perlu melakukan siasatan lanjut ke atas Shahrol Azral dan individu lain yang terbabit dalam pengurusan 1MDB," kata Shafee yang memetik laporan berkenaan.

Mengakui laporan itu merujuk kepada dirinya, Shahron kemudian menjawab: "Mereka menjadikan saya kambing hitam."

Shafee turut mencadangkan bahawa Shahrol keberatan bekerjasama dengan PAC kerana ia akan mendedahkan kedudukannya sebagai salah seorang yang terlibat dalam konspirasi bersama Jho Low.

Menjawab saranan itu, Shahrol kemudian menafikannya.

Semasa sesi pemeriksaan balas itu juga Shafee memberi tumpuan kepada peranan salah seorang pengarah bebas 1MDB, Ong Kim Huat.

Kata peguam berkenaan, Ong merupakan rakan kongsi lama kepada bapa Jho Low, iaitu Larry Low Hock Peng, dan mempertikaikan mengapa ia tidak membuat Shahrol berjaga-jaga.

"Saya tidak memeriksa lebih lanjut latar belakangnya kerana Datuk Seri (Najib) mahukan dia ada dalam lembaga (1MDB)," katanya.

Apabila Shafee berkata Shahrol tidak boleh berharap Najib membuat semakan berkenaan sebelum Ing dilantik sebagai pengarah 1MDB, saksi pendakwaan itu menjelaskan tertuduh terbabit diberi kuasa untuk membuat pelantikan berkenaan mengikut peruntukan penubuhan 1MDB.

Saksi terbabit juga berkata dia tidak tahu wujud hubungan perniagaan di antara Ong dengan Jho Low, atau sama ada Najib memakluminya atau tidak apabila bersetuju membuat pelantikan berkenaan.

Shafee turut mencadangkan kepada saksi terbabit bahawa Jho Low sengaja meletakkan sekutunya dalam 1MDB bagi membolehkan dia mengawal syarikat tersebut.

[Baca berita penuh]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS