Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis, imigresen serbu pendatang asing di Bandar Lama PJ

Pihak polis dan imigresen menjalankan operasi ke atas pendatang tanpa izin di Bandar Lama Petaling Jaya, tiga hari sebelum perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) berakhir di kawasan itu.

Ramai anggota polis dilihat memasuki zon perintah berkurung itu bermula jam 8 pagi ini dengan beberapa bahagian pagar kawat berduri dibuka untuk mereka masuk.

Kakitangan imigresen turut dilihat berada di situ manakala dron dilihat berlegar di udara bagi memantau kawasan terbabit.

Seorang sumber mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa operasi yang diketuai Jabatan Imigresen itu bertujuan untuk menahan pendatang asing yang tidak memiliki dokumen yang sah.

Kawasan tersebut diumumkan sebagai kawasan PKPD sejak 10 Mei dan dijangka tamat pada 23 Mei.

Sebanyak 28 kes positif Covid-19 dikesan di kawasan ini dan dua daripadanya berada di luar kawasan PKPD.

Jabatan Imigresen sebelum ini mendapat kritikan selepas melakukan serbuan ke atas warga asing di kawasan PKPD di Selayang dan Selangor Mansion, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Malaysiakini sedang menghubungi Ketua Pengarah Imigresen, Khairul Dzaimee Daud untuk mendapatkan reaksi terhadap serbuan terbaru di Bandar Lama Petaling Jaya itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS