Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umat Islam di Selangor tak dibenar ziarah kubur sepanjang sambutan Aidilfitri

Umat Islam di Selangor tidak dibenarkan menziarahi makam diraja dan tanah perkuburan sepanjang sambutan Aidilfitri, khususnya sebelum atau selepas solat sunat hari raya.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Mohd Shahzihan Ahmad berkata ketetapan itu diambil selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengelak penularan wabak Covid-19.

“Mereka yang ingin menziarahi kubur arwah dalam tempoh ini bolehlah menggantikannya dengan amalan bacaan tahlil, zikir dan doa di kediaman masing-masing untuk menghadiahkan pahala kepada arwah kerabat serta kaum keluarga,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihak yang menguruskan tanah perkuburan dan makam diraja di Selangor juga diminta membantu Jais memastikan ketetapan itu dipatuhi oleh semua lapisan masyarakat.

Katanya tempoh ketetapan itu berkuat kuasa adalah tertakluk kepada suatu kenyataan lain yang akan dikeluarkan jabatan tersebut.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS