Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Separuh kes Covid-19 negara berkaitan kluster Seri Petaling
Diterbitkan:  May 19, 2020 6:31 PM
Dikemaskini: 10:31 AM

Hampir separuh daripada kes Covid-19 di negara ini dapat dikesan berpunca dari kluster yang melibatkan perhimpunan tabligh di Seri Petaling, Kuala Lumpur.

Ini berdasarkan perangkaan terkini Kementerian Kesihatan, yang dikeluarkan hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat 972 kes Covid-19 yang diklasifikasikan sebagai "pesakit dalam siasatan (PUI)".

Setelah siasatan selesai, kes-kes ini didapati berkait dengan kluster Seri Petaling, dari kes indeks sehingga generasi kelima.

"Oleh itu, jumlah kes Covid-19 yang berkaitan dengan perhimpunan Seri Petaling adalah 3,347 (sekarang) meningkat daripada 2,375 yang dipercayai sebelum ini.

"Ini bermaksud kluster dan sub-kluster itu menyumbang 48 peratus daripada kes Covid-19 di negara ini," katanya semasa taklimat akhbar hariannya di Putrajaya, hari ini.

Perhimpunan tabligh di Seri Petaling itu berlangsung pada 28 Februari hingga 1 Mac yang melibatkan peserta dari seluruh dunia.

Malaysia mula menyedari bahawa perhimpunan tersebut merupakan tempat atau sumber jangkitan Covid-19 setelah beberapa peserta kembali ke Brunei dan Singapura.

Ketika ini, terdapat 399 rakyat Malaysia dari kluster berkenaan yang masih menjalani rawatan sementara 33 orang telah meninggal dunia.

Sebilangan besar mereka (2,915) telah pulih.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS