Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes positif Covid-19 di Indonesia lepasi angka 18 ribu
Diterbitkan:  May 18, 2020 5:50 PM
Dikemaskini: 9:50 AM

GLOBAL l Kes positif Covid-19 di Indonesia sudah melepasi angka 18,000, dengan jumlah kematian meningkat kepada 1,191 orang.

Sebanyak 496 lagi kes positif baharu virus itu dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang dijangkiti Covid-19 seramai 18,010 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 43 lagi kematian dilaporkan.

Provinsi Jakarta mencatatkan kematian tertinggi iaitu 463 kes, diikuti Jawa Timur (209 kes), Jawa Barat (123) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS