Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penerbangan bawa pelajar pulang ke Sabah ditangguh bermula hari ini
Diterbitkan:  May 18, 2020 10:24 AM
Dikemaskini: 2:24 AM

Penerbangan yang membawa pulang penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ke Sabah ditangguhkan bermula hari ini dan akan dijadual semula.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob berkata penjadualan itu dibuat bagi memudahkan urusan kemasukan pelajar ke pusat kuarantin di negeri ini.

"Bilangan pelajar yang balik adalah sangat ramai iaitu berjumlah 6,796 orang, maka dijangka akan berlaku kesesakan di pusat-pusat kuarantin yang disediakan oleh kerajaan.

"Pusat kuarantin yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah pelajar dan orang ramai pada satu-satu masa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihati pelajar terlibat agar terus bersabar dan bertenang di tempat masing-masing serta memaklumkan kepada ibu bapa mereka berhubung situasi itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Christina Rundi mengesahkan pihaknya telah memohon agar penerbangan sewaan khas yang membawa pelajar IPT itu dijadual semula.

Beliau berkata permohonan itu dibuat kerana penerbangan itu melibatkan ramai pelajar yang ingin pulang sebelum sambutan Hari Raya.

Dr Christina berkata semua pelajar yang tiba diwajibkan menjalani proses kuarantin di pusat kuarantin yang disediakan sementara menunggu keputusan saringan kesihatan mereka.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS